Pengajaran daripada tamadun silam

Easter Island - Patung - patung gergasi en.wikipedia.org/wiki/Easter_Island

Antara perkara yang menakjubkan kepada ramai orang di seluruh dunia ialah berkenaan patung – patung Pulau Easter, yang terletak 2,400 batu dari pantai Chile dan 1,400 batu dari pulau lain yang berdekatan. Pembinaan patung – patung ini telah dilakukan oleh mereka-mereka telah mati beratus tahun sebelum Pulau Easter mula dijumpai oleh tamadun Barat, seorang pengembara Belanda pada tahun 1722.

Tamadun silam, yang penuh dengan misteri samada
kota tamadun Mayan di hutan Amazon dan juga patung – patung gergasi Pulau Easter yang tidak dapat dijelaskan secara logikal akan terus menarik perhatian kita. Persoalan mengapa patung – patung gergasi ini dibina? Bagaimana manusia pada zaman silam dapat mengangkat dan membina patung – patung yang beratnya mencecah 75 tan seunit? Apakah simbol di sebalik patung – patung gergasi Pulau Easter?

Pulau Easter, yang terletak jauh daripada tamadun-tamadun lain, juga membuat kita terfikir di manakah logiknya patung – patung gergasi berada di Pulau Easter. Ketika Jacob Roggeven, manusia dari tamadun Barat yang pertama menjumpai Pulau Easter, terdapat beberapa orang penduduk asli yang hanya mempunyai perahu yang bocor, yang secara logiknya tidak berupaya untuk membawa penumpang untuk perjalanan beribu batu.

Persoalan yang timbul: Siapakah warga tamadun Pulau Easter? Dari mana mereka berasal? Dan ke manakah mereka menghilang?

Ketika pengembara Belanda mula tiba, Pulau Easter tidak mempunyai pokok-pokok yang lebih tinggi daripada belukar, dan mempunyai tanah yang tidak subur untuk tanaman, dan sedikit burung- burung native, tiada tumbuhan serta flora dan fauna. Cuma Pulau Easter ketika itu mempunyai ribuan tikus – tikus mondok dan penduduk yang separa kebuluran (yang langsung tidak menunjukkan sedikit  rasa takut dan gentar terhadap orang bukan tempatan)

Bagaimanakan warga Pulau Easter dapat membina monumen yang terbesar di seantara kepulauan Polinesia. Lebih dari 300 monumen – monumen yang serupa di sekitar kepulauan Polinesia termasuk di Tahiyi, Hawaii dan
Samoa. Tamadun Pulau Easter, secara logiknya, dapat dibayangkan sebagai satu tamadun tamadun yang kaya, mempunyai sumber – sumber untuk menjana kekuatan komuniti dan mempunyai struktur politik yang mampu mengerakkan komuniti Pulau Easter untuk membina monumen sedemikian rupa. Akan tetapi apa yang terjadi sehingga hilang nya tamadun Pulau Easter?

Kini, persoalan ini telah terjawab dengan penemuan arkeologi. Selama 300 tahun sehingga kini, patung – patung gergasi misteri Pulau Easter telah menjadi satu persoalan yang membawa pelbagai spekulasi seperti peninggalan tamadun Aztec hingga kepada teori yang popular pada kurun ke 19 iaitu lawatan makhluk asing.  

Fakta yang sebenar adalah lebih menarik dan amat relevan serta berkait rapat dengan kita. Tamadun Pulau Easter adalah sebahagian daripada penemuan – penemuan hebat tamadun Polinesia yang menyaksikan dimana penduduk Fiji dan Tonga pada masa kini, belayar ke lautan Pasifik di dalam keno yang besar. Keno – keno ini, setiap unit mampu membawa sehingga 20 orang manusia, haiwan peliharaan serta bekalan air dan makanan untuk menampung perjalanan sehingga 5 minggu.

Zaman penemuan Polinesia bermula 800 selepas masihi. dimana mereka menemui di Pulau Easter, sebuah pulau ysng penuh dengan tumbuhan – tumbuhan dan pokok-pokok untuk bahan bakar dan perlindungan, mamalia untuk makanan dan haiwan laut. Populasi di Pulau Easter meningkat hingga mencecah angka 30,000 and ini merupakan permulaan kepada segala masalah.

Setiap ketua komuniti di pulau ini mula membina monumen untuk Tuhan masing –masing yang  memenuhi dua keperluan. Pertama untuk pemujaan dan kedua untuk kedudukan. Lagi hebat sesuatu monumen yang dibina, lagi hebat kedudukan ketua itu. Kemasyuran dan kedudukan sesorang ketua adalah berlegar di atas konsep siapa yang mampu membina monument yang lebih hebat dan lebih besar daripada orang lain. Sindrom silam ini adalah serupa dengan sindrom masa kini dimana kita berlumba untuk mendapat kereta yang terhebat, dapur yang tercanggih, rumah yang terbesar  dan isteri yang tercantik.

Ahli arkeologi menemui patung – patung gergasi yang belum siap di kuari di Pulau Easter. Patung – patung ini dianggarkan mempunyai berat lebih dari 270 tan. Secara logik, tiada cara unytuk penduduk Pulau Easter dapat mengangkat patung yang seberat ini, tetapi ini telah mengambarkan seorang megalomania yang hidup dimasa lebih kurang 1400 selepas masihi. Permasalah dengan patung ini ialah ia telah menggunakan segala sumber – sumber yang ada di Pulau Easter dan pembinaan patung ini cuma memnuhi keinginan seorang ketua yang taksub dengan kemasyhuran.

Setiap patung yang dibina mengguna sekurang-kurang nya tenaga seramai 500 orang manusia. Ini mengambarkan penggunaan sumber makanan yang banyak untuk diberikan kepada penarik-penarik patung ini. Serta setiap patung mengambarkan satu jangkamasa pembangunan pertanian yang intensif untuk menghasilkan lebihan sumber makanan. Kedua, tali yang digunakan untuk menarik patung – patung ini dibuat dari akar pokok – pokok yang tumbuh di pulau tersebut dan setiap patung mengambarkan beratus pokok yang tumbang untuk menghasilkan tali yag kuat dan sesuai untuk menarik patung – patung tersebut. Ketiga, lebih banyak pokok diperlukan untuk membuat roda yang membolehkan patung ini diangkat dan diubah tempat. Lama kelamaan, akibat kekurangan sumber di Pulau Easter, membawa mereka untuk menjadi nelayan laut dalam. Berdasarkan penemuan arkeologi, ikan lumba –lumba telah menjadi diet kegemaran peduduk Pulau Easter. Akan tetapi pada 1500 Selepas Masihi, ikan lumba – luma lama kelamaan tidak menjadi satu diet rutin penduduk. Mengapakah ini terjadi?

Ada kemungkinan mereka tidak lagi mempunyai kayu – kayu yang sesuai untuk membina keno yang kuat dan kukuh yang mampu membenarkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan laut dalam?

Dengan setiap patung yang dibina, dan segala sumber yang telah dibazirkan, telah memberi kesan kepada penduduk secara amnya. Secara ringkas, semakin cepat patung gergasi dibina, semakin pasti penduduk akan menjadi kebuluran. Pulau Easter, tanpa sumber asli dan juga tanpa flora dan fauna, menjadi kebuluran secara perlahan. Bukti-bukti telah menunjukkan tamadun yang hebat di Polinesia telah menjadi masyarakat kanibal. Mereka menjadi sedemikian rupa kerana ketaksuban ketua-ketua mereka untuk mengejar kemasyuran, status dan menyaing ketua- ketua yang lain.

Apabila Kapten Cook tiba di Pulau Easter pada 1775 bersama pengalihbahasaTahiti (yang dapat berbahasa di dalam bahasa Polinesia), penduduk yang tinggal menjerit-jerit perkataan “miru” yang bermaksud kayu.

Mereka hanya mahukan kayu dan sanggup menukarkan dengan apa cara sekalipun. Persoalannya pada permerhati moden seperti kita, diatas tragedi Pulau Easter ini, adalah mereka sedar setiap kali mereka menumbang pokok – pokok mereka akan menghadapi kemungkinan untuk menamatkan tamadun mereka dengan lebih awal? Ataupun mereka tidak ambil peduli malahan tidak tahu akan kesudahan yang sedemikan rupa?

Mengikut firasat saya, mereka sedar akan tetapi obesesi jangka pendek yang membolehkan mereka menunjuk-nunjuk dengan kekayaan material dan kekuasaan politik mengelapkan pemikiran manusia dan seperti manusia lain di tamadun yang lain, mereka berjudi dengan nasib dengan mengharapkan ada pertolongan dan ada cara yang dapat membantu mereka di masa kelak.

Adakah kita masih tidak berubah? Sama seperti tamadun Pulau Easter?  Persoalanya hanya dapat dijawab oleh anda sendiri.

Advertisements

2 Responses

  1. hi rizal.

    pada pendapat saya, jauh sekali dari pemikiran normal dan waras, barangkali jika diketuk monumen monumen batu tersebut, terkuburlah manusia-manusia daripada tamadun Eater di dalam nya. gaya patung kuda yang berisi musuh di troy suatu ketika dahulu. barangkali manusia manusia Tamadun Easter ini hanya menunggu masa untuk memecah keluar dari persembunyian mereka …

    mungkin …

    well, nothing is impossible right.

    sekurang-kurangnya hobi mengarca batu batuan tidak seperti manusia tamadun sekarang yang hobi berbaur “genocide”.

  2. Hmmm … isunya kayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: