Antara Star Spangled Banner dan Negaraku

251px-bombardment2.jpg 

Antara pemuzik ataupun kumpulan gitar rancak (kugiran) kegemaran penulis ialah The Jimi Hendrix Experience, yang popular di zaman Flower Power, seiringan dengan zaman Make Love Not War dan peperangan Vietnam. Jimi Hendrix, ataupun nama sebenar James Marshall Hendrix adalah salah seorang rakyat Amerika berbangsa Afrika yang berjaya di bidang seni muzik rock, dilahirkan di Seattle (yang kemudianya menjadi pusat perkembangan muzik rock subgenre grunge/alternative pada tahun 90an dengan kumpulan Nirvana dan lebih utama, asalnya recording label SubPop (www.subpop.com) yang memungkinkan artis – artis seperti Nirvana, Soundgarden, Mudhoney, Guided by Voices dan lain – lain dikenali). Penulis dahalunya bercita –cita untuk menjadi seorang rockstar, ingin menjadi seperti Jimi Hendrix, artis yang mempelajari teknik – teknik bermain gitar dengan sendiri. Seorang gitaris (seperti Man kidal, gitaris Lefthanded) yang menggemari gitar jenis Fender Stratoscaster yang diubahsuai (yang diterbalikkan) untuk membolehkan Jimi menggunakannya. 

Antara lagu – lagu kegemaran penulis yang dipopularkan oleh Jimi Hendrix ialah Foxy Lady, Purple Haze and persembahan beliau memainkan lagu Star Spangled Banner di Woodstock Festival tahun 1969 sebagai artis utama yang menyaksikan sehingga 500,000 orang menghadiri festival tersebut.  Perkara yang menjadi sejarah Woodstock pada tahun itu ialah apabila Jimi Hendrix serta kumpulanya memainkan satu alunan baru untuk lagu kebangsaan Amerika Syarikat iaitu Star Spangled Banner. Alunan beliau yang tidak ortodoks telah menjadi secara tidak langsung satu penyataan political (political statement) terutama apabila berlakunya prites anti peperangan yang menyaksikan beribu-ribu rakyat Amerika Syarikat gugur di bumi Vietnam.  Beliau tidak dapat lari dari kecaman daripada pelbagai pihak yang menganggap tindakannya itu adalah anti Amerika dan memperlekehkan satu simbol negara.

Walaubagaimanpun beliau menganggap alunan beliau adalah satu intepretasi baru yang cuma menambah bunyi – bunyian seperti mesingan, letupan bom, serta jeritan yang direka menggunakan gitar beliau.  Artikel ini akan membincangkan beberapa perkara iaitu asal usul penciptaan lagu Star Spangled Banner dan kaitannya dengan lagu Negaraku dan penulis akan membincangkan berkenaan kontroversi Namewee di artikel akan datang.  

Apakah definasi lagu kebangsaan? Lagu kebangsaan ialah satu ciptaan atau susunan muzik patriotik yang menekankan serta satu perbuatan memuji, penyanjungan sejarah, tradisi dan kepayahan rakyat negera tersebut, dimana lagu tersebut diterimapakai oleh kerajaan sesuatu negara melalui proses undang – undang atau menjadi satu kebiasaan melalui penggunaan lagu tersebut di kalangan rakyat negara tersebut.    

Sejarah lagu Star Spangled Banner

Penulis telah membuat kajian dan mendapati lagu Star Spangled Banner adalah hasil pengaruh dari lagu  ‘To Anacreon in Heaven’ yang dicipta oleh pencipta lagu Inggeris,  John Stafford Smith (1750-1836), lagu yang begitu popular di Amerika dengan lirik asal ciptaan Ralph Tomlinson. Francis Scott Key mendapat ilham untuk mencipta puisi yang bertajuk “In Defense of Fort McHenry” apabila melihat bendera Amerika Syarikat iaitu Star Spangled Banner yang berkibar di Fort McHenry. Ketika itu Fort McHenry teruk diasak dan dibedil oleh pihak British dan menjadi satu kebanggaan para pejuang kemerdekaan Amerika melihat bendera Star Spangled Banner masih berkibar megah di situ.

 Untuk pengetahuan pembaca, bendera ini mempunyai rekabentuk asas bendera Amerika Syarikat sekarang dan cuma berbeza dari jumlah jalur merah putih iaitu sebanyak 15 jalur berselang seli dan bintang yang berjumlah sebanyak 15 yang diletak di dalam kanton yang berwarna biru diatas jaluran merah putih.  Key, penulis puisi itu memberikan salinan puisi tersebut kepada abang iparnya, iaitu Hakim Judge H. Nicholson yang kemudian menyesuaikan puisi itu dengan irama”To Anacreon in Heaven” Seterusnya lagu ini, lirik “In Defense of Fort McHenry” dengan irama “To Anacreon in Heaven” menjadi semakin popular dan kemudianya dikenali sebagai “Star Spangled Banner” dan diterimapakai sebagai lagu kebangsaan Amerika Syarikat. 

 Lagu Negaraku – Asal Usul

Sejurus selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu iaitu pada tahun 1948 dan setelah terciptanya bendera asas kepada bendera Jalur Gemilang sehinggalah 1956, tiada usaha dijalankan untuk mencipta satu lagu kebangsaan yang diterimapakai sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.  Pada tahun tersebut, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah menubukan satu Jawatankuasa untuk memilih lagu kebangsaan. Berdasarkan cadangan beliau, pertandingan antarabangsa telah diadakan dan melihat 514 penyertaan dari segala pelusuk dunia.  Jawatankuasa mendapati tiada satu penyertaan yang layak untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan dan Jawatankuasa telah memutuskan untuk menjemput komposer – komposer yang terkenal ketika itu seperti Benjamin Britten (yang kemudiannya lebih popular dengan War Requiem), Sir William Walton, Carlo Menotti dan Zubir Said.

Walaubagaimanpun penyertaan terpilih ini mash tidak dapat memenuhi kehendak ahli – ahli Jawatankuasa dalam pemilihan lagu kebangsaan.  Pihak Jawatankuasa mengambil keputusan untuk meneliti 11 (sebelas) lagu rasmi negeri – negeri Persekutuan Tanah Melayu untuk dipilih sebagai lagu kebangsaan. Akhir pihak Jawatankuasa membuat keputusan pada 5 Ogos 1957 dan mengambil irama lagu rasmi negeri Perak berdasarkan ciri – asli tradisional yang ada pada irama lagu tersebut.  Lagu rasmi negeri Perak yang berasaskan daripada lagu Melayu yang popular iaitu “Terang Bulan” telah diubahsuai dan lirik lagu kebangsaan ditulis oleh ahli – ahli panel Jawatankuasa dan Tunku Abdul Rahman.  

 Sejarah Lagu Terang Bulan

Adalah difahamkan lagu Terang Bulan adalah amat popular pada tahun 20an hingga ke 30an. Adalah difahami lagu ini amat populatr di kepulauan Seychelles di mana SultaN Perak dikena hukuman buang negeri oleh pihak British. Adalah dipercayai, lagu ini dicipta oleh seorang composer Pernacis yang bernama Peirre Jean de Beranger.  Irama ini kemudian diperkenalkan oleh Bangsawan Indonesia yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Degan hanya seketika, irama ini telah menjadi amat popular dan dikenali sebagai lagu “Terang Bulan”. Lagu “Terang Bulan” serta lagu rasmi negeri Perak dimainkan di majlis keramaian, kabaret dan menjadi siulan ramai di Malaya.  

Apakah persamaan antara proses penciptaan lagu “Negaraku” dan “Star Spangled Banner”? Dua negara yang pernah dijajah oleh penjajah yang sama iaitu pihak British menggunakan irama popular sebagai lagu kebangsaan masing – masing. Walaupun irama “To Anacreon in Heaven” tidak dicipta oleh pihak pejuang kemerdekaan Amerika ataupun rakyat asal Amerika Syarikat, ia tidak langsung mengurangkan rasa bangga rakyat Amerika Syarikat terhadap lagu mereka dan yang penting tidak menghalang, penggunaan irama “To Anacreon in Heaven” sebagai lagu negara Amerika Syarikat.  

Manakala, lagu “Negaraku” yang tidak mempunyai tempo seperti “Star Spangled Banner” kerana lagu “Negaraku” ialah lagu memanefestasi kecintaan rakyat kepada negara.

 

Secara ringkas ia adalah sebuah lagu cinta dan tidak semestinya lagu cinta tidak sesuai untuk dijadikan lagu bersifat patriotik.  Negera – negara lain juga mempunyai satu persamaan dengan Malaysia dimana asal-usul lagu kebangsaan mereka tiada kaitan dengan negera masing – masing. Sebagai contohnya ada bukti – bukti yang agak kukuh yang menyatakan lagu kebangsaan Great Britain diambil dari seorang komposer Perancis.

 

Dapat dirumuskan yang paling penting ialah bukan siapakah pencipta asal melodi lagu Negaraku tetapi proses dan sejarah bagaimana terciptanya lagu Negaraku yang dapat dipastikan ramai rakyat Malaysia gagal untuk memahaminya.

Kedengaran suara – suara sumbang yang memperlekehkan lagu Negaraku atas sebab ciptaan asalnya adalah bukan tempatan adalah singkat dari segi pemikiran. Perlu difahami lagu Negaraku mempunyai cerita di baliknya danperlu kita menghayati dan memahami asal – usul penciptaan lagu “Negaraku”.

 

Asal – usul melodi “Star Spangled Banner” yang terang – terangan bukanlah berasal dari mereka yang memperjuangkan kemerdekaan Amerika Syarikat dan terus diterima pakai oleh rakyat Amerika untuk menjadi satu simbol kebanggaan negara mereka. Dan juga harus diingat, oleh kerana “Star Spangled Banner” telah menjadi satu lagu kebiasaan di majlis keramaian, akhirnya pada tahun 1931, Presiden  Hoover telah mengangkat lagu “Star Spangled Banner” sebagai lagu rasmi kebangsaan, di bawah perlindungan Akta Lagu Kebangsaan, yang diluluskan oleh Kongres.